Ranau: Hasrat seorang pelancong wanita warga Jerman merakam gambar keindahanmatahari terbit di puncak Gunung Kinabalu sebagai kenangan berakhir tragedi apabila mangsa tergelincir lalu terjatuh pada ketinggian hampir 30 meter dari puncak gunung itu, semalam.
Kejadian berlaku apabila mangsa dikenali sebagai Viktoria Paulsen, 22, dipercayai sedang merakam gambar pada ketinggian itu dari puncak setinggi 4.095 meter dari paras laut, kira-kira jam 6.30 pagi.
Difahamkan, ketika kejadian, mangsa dipercayai melangkah keluar dari kabel keselamatan sebelum tiba-tiba tergelincir apabila batu dipijak mangsa bergolek dan terjatuh ke lurah pada ketinggian kira-kira 30 meter.
“Taman-Taman Sabah dimaklumkan mengenai kejadian itu pada jam 7 pagi dan sepasukan anggota penyelamat dikejarkan ke lokasi kejadian untuk membantu mangsa.
“Pasukan berkenaan turut dibantu jurupandu gunung terpaksa menuruni lurah sejauh kira-kira 30 meter untuk mengambil mayat mangsa,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Menurutnya, sebelum mendaki, semua pendaki akan diberikan taklimat mengenai langkah keselamatan dan perkara yang dilarang sepanjang pendakian ke puncak.
Pengurus Taman (Penguatkuasaan dan Perlindungan) Taman-Taman Sabah Thomas Yussop berkata, mangsa mendaki gunung bersama empat rakan lelaki lain sejak kelmarin dan tiba di puncak gunung itu, kira-kira jam 6 pagi semalam.
Beliau berkata, sebelum ini pernah berlaku kes lain di sepanjang laluan pendakian tetapi ini kes pertama membabitkan kematian dilaporkan di sekitar kawasan puncak. “Perkara ini tidak disangka kerana ketika kejadian cuaca baik,” katanya.
No comments:
Post a Comment