MULAI 2 Ogos ini kenderaan berat tidak dibenarkan melalui tiga lebuh raya di sekitar Lembah Klang pada waktu pagi bagi mengelak kesesakan lalu lintas.
KUALA LUMPUR - Kenderaan berat dilarang memasuki tiga lebuh raya di sekitar Lembah Klang dari pukul 6.30 pagi hingga 9.30 pagi mulai 2 Ogos ini bagi mengurangkan kesesakan.
Larangan tersebut membabitkan laluan Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) antara Shah Alam dan Jalan Duta, Lebuh Raya Utara-Selatan antara Sungai Buloh dan Bukit Lanjan serta Lebuh Raya Persekutuan Laluan Dua antara Subang dan Sungai Rasau.
Menurut Ketua Pegawai Operasi Projek PLUS Expressways Berhad, Nik Airina Nik Jaafar, larangan itu melibatkan kenderaan berat Kelas 2 dan Kelas 3, iaitu kenderaan dengan muatan 10,000 kilogram (kg) ke atas dan kenderaan tanpa muatan 10,000kg ke atas.
"Sebanyak 450,000 kenderaan melalui tiga laluan itu setiap hari dan pergerakan kenderaan berat yang perlahan menyebabkan kesesakan.
"Keadaan akan bertambah buruk sekiranya kenderaan berat mengalami kerosakan atau kemalangan yang menyebabkan masa antara dua dan tiga jam diambil untuk mengalihkan kenderaan tersebut," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Sumber - Kosmo

No comments:
Post a Comment