STATUS halal penting untuk menarik pelanggan beragama Islam berbuka puasa di sesebuah hotel.
KUALA LUMPUR - Hotel-hotel bertaraf lima bintang yang dimiliki oleh pengusaha bukan Islam didakwa memiliki kesedaran yang minimum terhadap kepentingan untuk mendapatkan sijil halal bagi dapur mereka.
Pengarah Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Saimah Mukhtar berkata, faktor itu merupakan penyebab nisbah hotel yang memiliki sijil halal ketika ini terlalu kecil berbanding jumlah keseluruhan hotel di negara ini.
"Kebanyakan hotel lima bintang dimiliki oleh bukan Islam dan golongan itu biasanya kurang sedar kepentingan yang boleh mereka dapat dengan memiliki sijil halal.

"Jadi ini antara 'tembok-tembok' yang perlu dipecahkan bagi menyedarkan pengusaha hotel bukan beragama Islam tentang kepentingan sebenar mendapatkan sijil halal Jakim," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Kosmo! kelmarin melaporkan hanya 32 daripada 2,360 buah hotel di seluruh negara yang mempunyai sijil halal dan ekoran itu Jakim akan mempercepatkan proses permohonan sijil berkenaan di kalangan pengusaha hotel yang berbuat demikian sebelum bulan Ramadan bermula.
Sumber - Kosmo

No comments:
Post a Comment