Friday, July 23, 2010

Pelajar saman restoran terkenal

KLANG - Seorang pelajar kolej swasta semalam menfailkan saman terhadap Artisan Natural (M) Sdn. Bhd. dan Kopitiam Asia Pacific Sdn. Bhd. yang didakwa cuai sehingga menyebabkan hidangan mi goreng yang dimakannya mengandungi sepasang kaki katak.

Writ saman itu difailkan oleh plaintif, Aliff Shanaz Hairi Hariharan, 24, menerusi Tetuan Adnan Rahim & Co. di pejabat pendaftar Mahkamah Sesyen di sini.

Palintif menamakan Artisan Natural iaitu sebuah syarikat yang didakwa mengusahakan perniagaan restoran makanan dan minuman dinamakan Old Town White Coffee yang beroperasi Bandar Bukit Tinggi di sini sebagai defendan pertama.

Kopitiam Asia yang beroperasi di Subang Jaya dan Ipoh, Perak dinamakan sebagai defendan kedua. Ia ialah syarikat yang didakwa bertanggungjawab menyedia, memproses dan membekalkan makanan serta minuman bagi perniagaan yang dijalankan di premis defendan pertama.

Mengikut pernyataan tuntutan, pada 11 Mac lalu antara pukul 8 hingga 10 malam, plaintif bersama keluarga mendakwa pergi ke premis defendan pertama dan memesan mi goreng Dry Egg Noodles.

Ketika makan, plaintif mendakwa terjumpa sepasang kaki katak dalam makanan itu yang menyebabkannya hampir muntah.

Plaintif kemudian mendakwa menunjukkan kaki katak itu kepada kakitangan restoran dan meminta penjelasan daripada pengurus bertugas tetapi dia enggan keluar sebaliknya mengarahkan juruwang untuk mengambil gambar.

Sumber - Kosmo

2 comments:

  1. Assalamualaikum...

    Hal seperti ini boleh terjadi tidak kira saiz sesuatu perniagaan. Ada gerai makanan yang mempunyai tahap kebersihan yang baik, ada juga restoran yang kelihatan gah di bahagian hadapan dan luar premis, berbangga dengan hiasan yang eksklusif tetapi kebersihan di dapur amatlah rendah dan adakalanya lebih teruk dari warung tepi jalan.

    Bila perniagaan mereka seperti di dalam artikel di atas, maju dan mendapat sambutan, ada antara mereka mereka tidak lagi serius dalam mengambil berat aspek kebersihan dan keselamatan makanan. Yang dikejar adalah keuntungan. Mereka jadi berlagak dan takut untuk kehadapan apabila timbul sesuatu masalah.

    ReplyDelete
  2. gile la tapi white coffe die sedap la hahahaha
    sekali letak arak adehh

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...