Tuesday, July 20, 2010

Ramai pelanggan pilih alat tiruan

KUALA LUMPUR - Persatuan Pemilik Bengkel Malaysia (FAWOAM) mengakui kebanyakan bengkel menggunakan alat-alat ganti tiruan disebabkan permintaan pelanggan sendiri yang mahu berjimat ketika menyelenggara kenderaan mereka.

Presidennya, Kong Wai Kwong berkata, kebanyakan 2,700 ahli persatuan itu di seluruh negara mempunyai polisi memberi pilihan kepada pelanggan sama ada menggunakan alat ganti tulen atau tiruan berdasarkan kemampuan kewangan masing-masing.

"Ada bengkel hanya menggunakan alat ganti tulen tetapi pemiliknya akan dianggap penipu dan dicap sebagai bengkel mahal selepas pelanggan mendapati harga barang yang sama lebih murah di tempat lain tanpa menyedari ia barang tiruan,'' katanya ketika dihubungi semalam.

Sumber - Kosmo

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...