Sunday, November 7, 2010

9 tahun sebelum daftar haji kedua

MARANG - Jemaah haji yang mendaftar untuk kali kedua selepas baru pulang daripada menunaikan rukun Islam itu kini perlu menunggu sembilan tahun lagi sebelum nama mereka tersenarai semula.

Ini kerana Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) akan menyaring jemaah yang telah mengerjakan haji dalam tempoh sembilan tahun bagi memberi peluang kepada jemaah baru.

"Sistem ini dibuat bagi membolehkan bakal haji yang belum menunaikan haji mendapat kuota menunaikan rukun Islam kelima itu untuk kali pertama," kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada program Juara Rakyat peringkat Parlimen Marang yang dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita negeri, Yahya Khatib Mohamad di Institut Kemahiran Belia Negara Wakaf Tapai di sini semalam.

Baru-baru ini, akhbar melaporkan terdapat 500,000 senarai menunggu yang mendaftar untuk menunaikan haji dan jika mengikut prosedur biasa, mereka perlu perlu menunggu sehingga 10 tahun sebelum dapat mengerjakan ibadat itu.

Sumber - Kosmo

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...