KUALA LUMPUR - Pekerja di negara ini kerugian berjuta-juta ringgit setiap tahun apabila perintah pembayaran yang dibuat oleh Mahkamah Buruh dan Industri tidak mempunyai sebarang nilai kerana ia tidak dapat dikuatkuasakan kerana terdapat kelemahan pada Akta Syarikat 1965.
“Selalunya, perintah berkenaan hanya wujud di atas kertas, terutama apabila sesebuah syarikat diubah namanya, sudah tidak aktif atau sudah gulung tikar.
"Dalam keadaan begini, perintah pembayaran itu tidak dapat dikuatkuasakan dan pekerja terbabit tidak mendapat apa yang sepatutnya mereka dapat, tapi tiada apa yang boleh dilakukan," kata Naib Presiden MTUC, A. Balasubramaniam.
Beliau berkata, dalam kes di mana syarikat terbabit dikenakan penggulungan, keutamaan akan diberi kepada pemiutang, manakala tuntutan pekerja paling sedikit diberi perhatian.
Sehubungan itu, Balasubramaniam berkata, tidak lama lagi MTUC akan mengadakan perjumpaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia untuk mendapatkan pembelaan bagi para pekerja malang itu.
Beliau berkata, MTUC mahu suruhanjaya tersebut yang menjadi satu-satunya badan pengawal selia, bertanggungjawab mendaftar dan mengawasi perjalanan syarikat.
Selain itu, suruhanhaya itu turut bertanggungjawab menggubal undang-undang yang memberi keutamaan dalam melindungi kepentingan pekerja dan memastikan perintah mahkamah dapat dikuatkuasakan sepenuhnya dengan menutup semua ruang kelemahan yang ada. - Bernama

No comments:
Post a Comment