Saturday, November 6, 2010

Kedah kritikal, Perlis mula surut

ALOR SETAR – Keadaan banjir di Kedah semakin kritikal apabila jumlah penduduk yang dipindahkan meningkat kepada 39,783 orang berbanding 28,569 orang semalam manakala keadaan di Perlis semakin baik dengan jumlah mangsa di pusat pemindahan menurun kepada 11,965 orang daripada 15,027 orang semalam.

Di Kedah, jumlah penduduk yang dipindahkan meningkat di tiga daerah utama iaitu Kubang Pasu, Kota Setar dan Pendang.

Bagi daerah Kubang Pasu, jumlah penduduk yang dipindahkan meningkat kepada 21,111 orang manakala daerah Kota Setar seramai 16,436 orang dan Pendang pula 244 orang.

Jurucakap bilik gerakan Majlis Keselamatan Negara memberitahu, sehingga pukul 4 petang semalam, sebanyak 100 pusat pemindahan banjir dibuka dan daripada jumlah itu 50 adalah di Kubang Pasu, lapan di Padang Terap, 34 di Kota Setar, tujuh di Pokok Sena dan satu di Pendang.

Sekitar bandar raya ini semalam didapati semakin banyak jalan raya dan premis kerajaan digenangi air manakala beberapa kawasan perumahan berhadapan masalah gangguan bekalan air.

Dalam pada itu, banjir yang melanda Kedah sejak Isnin lalu turut memberi kesan terhadap perkhidmatan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini apabila 55 pesakit kritikal terpaksa dipindahkan ke lima buah hospital di daerah lain setelah hospital itu mengalami gangguan bekalan air.

Sumber - Kosmo

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...