Tuesday, November 16, 2010

Lebih separuh orang Malaysia hidap obesiti

KUALA LUMPUR - Tiga puluh peratus penduduk di negara ini mempunyai berat badan berlebihan manakala 30 peratus lagi obes.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, ia merangkumi semua peringkat umur dan jumlah kanak-kanak yang alami masalah kegemukan meningkat.

Fenomena ini membimbangkan kerana ia berkaitan dengan peningkatan risiko penyakit seperti diabetes, sakit jantung, buah pinggang, darah tinggi dan barah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Ahli Lembaga Pelawat Hospital 2010 di sini semalam.

Tiong Lai menggesa rakyat amalkan pemakanan seimbang, gaya hidup sihat dengan bersenam, berjoging dan bersukan.

Kementerian akan salurkan RM10,000 kepada setiap Lembaga Pelawat Hospital di 112 hospital di seluruh negara, tahun depan.

“Ia untuk tingkatkan kualiti perkhidmatan hospital,” katanya.

Beliau berkata, sistem penarafan bintang bagi semua Lembaga Pelawat Hospital utama di negeri-negeri akan diperluaskan di peringkat daerah mulai tahun depan.

“Bagi penilaian yang dibuat pada 2009 di 18 hospital negeri, tiada Lembaga yang berjaya mendapat lima bintang.

Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang; Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu; Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh; Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu dan Hospital Pulau Pinang dapat empat bintang.

Sementara itu, Tiong Lai menafikan dakwaan bekas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat bahawa beliau kini dilarang daripada menghadiri majlis anjuran kementerian itu.

Kelmarin, Tee Kiat yang juga Ahli Parlimen Pandan mendakwa beliau diketepikan dan tidak dijemput menghadiri lawatan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah ke Hospital Ampang, yang terletak di kawasan Parlimennya, baru-baru ini. - Bernama

Sumber : Sinar

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...