KUALA LUMPUR, 14 Sept 2009 -- Syarikat Prasarana Negara Bhd (Prasarana) mencadangkan sambungan baru bagi dua jajaran Transit Aliran Ringan (LRT) bagi jajaran Kelana Jaya dan Ampang yang dianggarkan bernilai RM7 bilion.
Pengarah Urusannya, Datuk Idrose Mohamed berkata cadangan sambungan LRT Ampang Line akan bermula dari stesen Sri Petaling, melalui kawasan Kinrara dan Puchong sebelum berakhir di Putra Heights, yang meliputi jarak 17.7 km dan 13 stesen baru.
Sementara sambungan Kelana Jaya bermula dari stesen Kelana Jaya, melalui kawasan Subang Jaya dan USJ sebelum berakhir di Putra Heights, yang meliputi jarak 17 km dan 13 stesen baru.
Idrose berkata SPNB akan mengumpulkan RM4 bilion dalam bentuk bon untuk membiayai sebahagian projek itu yang dijangka siap menjelang akhir 2012.
Kesemua stesen akan mempunyai kemudahan seperti lif, eskalator, surau, telefon awam dan tandas.
Stesen juga akan dilengkapi dengan kemudahan bagi orang kurang upaya seperti lif, kaunter tiket yang rendah dan tandas.
Cadangan jajaran baru itu akan dipamerkan selama tiga bulan mulai esok untuk membolehkan orang ramai memberikan maklum balas dengan melawat ke lokasi yang telah ditetapkan atau ke laman web yang khusus diwujudkan bagi tujuan itu, katanya kepada taklimat media.
SPNB berkata kelulusan bersyarat telah diperolehi pada 25 Ogos manakala kelulusan muktamad dijangka diterima selepas pameran awam.
Kelima-lima tempat pameran jajaran baharu itu ialah Jabatan Kereta Api, Jalan Sultan Hishamuddin, Bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di Jalan Raja Laut, Majlis Bandaraya Petaling Jaya City di Jalan Tengah, Majlis Perbandaran Subang Jaya di Persiaran Perpaduan USJ5,Subang Jaya; dan Majlis Perbandaran Shah Alam di Persiaran Perbandaran di Shah Alam.
Pameran dibuka dari jam 9 pagi hingga 5 petang dari Isnin hingga Jumaat. Pameran ditutup pada hujung minggu dan cuti umum.
Orang ramai boleh turut melihat jajaran berkenaan melalui www.dor.gov.my dan memberikan makjum balas masing-masing.
Sumber - BERNAMA

No comments:
Post a Comment