PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tidak perlu untuk menjadikan peristiwa 13 Mei sebagai hari untuk diperingati.
“Tidak perlu sebab 13 Mei ini kita jadikan satu peristiwa dalam lipatan sejarah sebagai iktibar, sebagai sempadan untuk kita supaya ia tidak berulang,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan sidang video bersama masyarakat dan penuntut Malaysia di enam negara sempena Hari Raya Aidiladha di kediaman rasminya di Seri Perdana di sini semalam.
Turut hadir, isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Najib diminta mengulas kolum Cuit Utusan Malaysia baru-baru ini yang mencadangkan supaya 13 Mei dijadikan satu hari peringatan sebagaimana Singapura memperingati peristiwa berdarah rusuhan kaum pada 21 Julai 1964 sebagai Hari Keharmonian Kaum.
Kolumnis Zaini Hassan membuat saranan itu setelah kerajaan DAP Pulau Pinang menggantung Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim daripada menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri selama enam bulan hanya kerana mengeluarkan perkataan ‘13 Mei’

Sumber - Kosmo
No comments:
Post a Comment